Followers

Friday, October 29, 2010

KEK MARBLE NUTELLA

Kek Marble Lapis Nutella yg diadaptasikan daripada Soft Marble cake yg dilapiskan dgn sapuan Nutella. Cuci mata yok...

Kek Marble Nutella

Bahan-Bahan

270 gram mentega
250 gram tepung Hong Kong
230 gram gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air (paip)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla/vanilli

secukup Nutella utk disapu


Cara:
1) Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan A
2) Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan B
3) Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
4) Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
5) Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
6) Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7) Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.

8) Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.

Nota :

1) Yg saya buat ialah adunan di bahagi 3 bahagian. 1 bahagian di bubuh serbuk koko dan sedikit pewarna coklat. Yg lagi 2 bahagian tu saya biar plain. Kemudian saya bubuh 1 bahagian plain dan ratakan. Pastu, saya bubuh bahagian cokelat pula. Last sekali saya bubuh yg plain, Then saya gunakan chopsticks dan buatkan lorekkan ke seluruhan adunan. Kalau nk ada design di permukaan, tglkan sedikit adunan cokelat dan bubuh dipermukaan sebelum di buat lorekan ya. Harap maklum..

2) Kek akan menjadi lebih lembut dan moist jika ia di makan sekurang2nya 1 hari selepas dibuat.






Friday, October 01, 2010

BANJI ROLL - Permintaan Resipi

Permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf krn terlewat. Resipi ini saya tukil dari blog Resipi Diana. Semoga menepati citarasa anda ya. (Thanks Diana, hope u dont mind me sharing this recipe ya!)






BANJI ROLL
Sumber: Zaiton Dahlan

Bahan-bahannya
20 biji kuning telur
12 biji putih telur
320 gram gula tepung
2 sudu teh coffee oil
2 sudu makan ovalette
120 gram tepung jagung
1 sudu teh baking powder
150 gram mentega cair
100 ml air sejuk
200 gram tepung gandum

Cara Mengadun Kek
1. Satukan telur, gula, air, ovalette, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder ke dalam mangkuk bancuh kek dan pukul sehingga kembang. Gunakan kelajuan tinggi.
2. Masukkan coffee oil dan mentega cair. Kacau hingga rata.
3. Bahagikan adunan ke dalam dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan dalam warna asal dan yang bakinya dibahagikan tiga kemudia diwarnakan hijau, merah dan coklat.
4. Bakar adunan dalam enam loyang berukuran 12 x 12 x 1 sentimeter, dalam suhu 180 darjah C selama 10 minit.

Bahan untuk Krim Colset
75 gram colset powder
250 gram mentega
125 gram gula kastor
300 ml air

Cara-caranya
1. Masak gula dan air hingga gula larut. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Satukan colset powder dan mentega dan pukul hingga sebati sambil masukkan sirap gula sedikit demi sedikit dan adun hingga pekat.























Cara Menyusun dan Menggulung Kek

1. Kek yang diwarnakan itu disusun berlapis-lapis dengan menggunakan krim. Potong sedikit keempat-empat tepinya supaya rapi.

2. Bahagikan kek yang berwarna dan sudah dilapis tadi kepada tiga bahagian.

3. Ambil satu bahagian kek tadi dan potong menjadi empat bahagian pula.

4. Susun kek yang empat bahagian ini. Gunakan krim untuk melekatkan adunan. Pastikan warna hijau dapat membentuk ‘+’ selepas disusun. (Susun dulu kek untuk mendapat bentuk yang dimaksudkan, kemudian baru dilekatkan dengan krim).

5. Ambil sekeping kek berwarna plain dan sapukan krim pada bahagian belakangnya. Letakkan kek yang sudah disusun diatas kek plain lalu digulung.

6. Buangkan baki kek agar rapi. Ulang cara 1 hingga 4 untuk kek yang lain.