Followers

Sunday, March 01, 2009

LEMPENG PISANG




LEMPENG PISANG

Bahan-Bahan
250 gm pisang
120-130 gm tepung gandum
2 sudu makan gula
30 gm gula melaka
60 gm kelapa parut putih
secubit garam
minyak utk menggoreng

Cara:
Pisang dilecek halus dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau/gaul hingga sebati. Panaskan kuali leper (saya gunakan jenis "non-stick") dan bubuh sedikit minyak. Tuangkan secukup adunan untuk membuat satu lempeng (saiz mengikut ciatarasa anda) . Biarkan ia masak di sebelah bahagian dahulu sebelum anda terbalikkan utk memasak yg sebelah lagi. Buat begini sehingga kesemua adunan selesai.




1 comment:

KhinU Khine said...

Hi Rozzan,

Please may I have this recipe in English. Many thanks. I love your recipes.