Followers

Sunday, March 15, 2009

KEK LAPIS TAPAI UBI



Ni kes nak perabihkan tapai ubi yg saya buat tuhari lerr. Kebetulan sket masa dulu, ada yg tanya ttg kek lapis tapai ubi. Sejauh ni saya belum pernah rasa atau pun buat. So, saya cuba olahkan dari beberapa kek lapis terdahulu dan come up with this. Sesiapa yg nak cuba, silakan tapi dgn syarat anda suka makan tapai ubi lerr... Kalau tak pandai makan tapai ubi, cuci mata ker ahh. (Btw, anak saya yg tk suka makan tapai pun kata rasanya sedap kerana rasa tapainya tk begitu kuat). So here it is.


KEK LAPIS TAPAI UBI

Bahan-Bahan A
12 biji kuning telur yg besar (saiz AAA)
4 biji putih telur
220 gm tepung Hong Kong
220 gm gula halus (saya gunakan 220 gm)
½ sudu makan ovalette

Bahan-Bahan B
300 gm mentega
60 gm susu tepung
100 gm susu pekat manis
250 gm tapai ubi (dilecek halus)
secubit serbuk vanilli (optional)

200 gm tapai ubi (dileperkan dan dipecah2kan kpd saiz kecil)


Cara:

1. Pukul Bahan A hingga kembang.

2. Pukul Bahan B hingga sebati.

3. Kemudian campurkan Bahan A dan Bahan B lalu gaul hingga rata.

4. Gunakan loyang berukuran 10 x 7 inci atau 8 x 8 inci.

5. Bakar selapis selapis dgn setiap lapisan menggunakan 2 senduk lauk (bumbung). Pada lapisan ketiga, keenam, sembilan dan dua-belas, bubuhlah tapai ubi yg dah dileperkan tadi.

6. Adunan ini dapat menghasilkan lebih kurang 14 lapisan.


6 comments:

Rinnchan said...

Salam Bro,
Waaahh..kek tapai pulak ya. Menarik tuuu. Saya kalau tapai aje biasalah makan..tapi kalau dah jadik kek ni..belum ada pengalaman lagii heh heh..

BR said...

A'ah rinn. saya pun teruja nak buat sbb tuhari ada yg bertanyakan resipi kek ni dan pastu kebetulan ada teman pulak ckp dia baru cuba buat gunakan resipi yg diubah -suai dan rasanya sedap!

Anonymous said...

Brother Rozzan,,sedap gila kek tapai ini. ibu saya tersuka sangat kek ni, dia suruh buat lagi. Penat juga tapi berbaloi

BR said...

Hi anonymous
Terima kasih krn sudi mencuba. I'm happy anda dan ibu anda suka dgn kek ini.

Kak Khaty said...

tahan lama tak kek ni?cam seminggu ke...atau 2-3 hari

BR said...

Kak Khaty,
Kalau kek ni disimpan dalam peti sejuk, 3-4 minggu boleh tahan. Akak potong kek ni kpd beberapa bahagian dan bungkus dgn cling wrap. jadi bila nak gunakan, ambil satu jer. Kalau tak habis digunakan, bungkus semula dgn rapi dan masukkan semula dalam peti sejuk. Insya'allah, tahan lama.