Followers

Sunday, March 01, 2009

JEMPUT-JEMPUT PISANG




Jemput-jemput pisang dan lempeng pisang ni tak susah nak buat. Tapi ada juga yg belum pernah buat. Ada yg "tutup mata" pun boleh buat, heheheh.... So, bagi yg nak mencuba saya catitkan di sini lebih-kurang cara saya membuatnya. Utk yg dah tahu, cuci mata jer yer!


JEMPUT-JEMPUT PISANG

Bahan-Bahan
350 gm pisang (tak kiralah pisang apa yg anda nak pakai!)
160 gm tepung gandum }
½ sudu teh baking powder }
½ sudu teh bicarbonate of soda } ........ disatukan
50 gm gula halus
2 sudu besar santan pekat
50-60 gm air
secubit garam
minyak utk menggoreng

Cara:
Pisang dilecek halus bersama gula di dalam sebuah bekas.
Masukkan pula tepung gandum (yg dah dicampur dgn b.powder & bic of soda) ke dalamnya dan kacau hingga rata. Masukkan air, santan dan garam lalu dikacau lagi hingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah mengikut saiz yg anda suka. Setelah masak, toskan di atas kertas serap minyak.

No comments: