Followers

Saturday, August 26, 2006

Kek Pertama Yg Saya Hasilkan

Kek Chiffon Pandan merupakan kek pertama yg berjaya saya hasilkan sewaktu saya masih menuntut. Saya menghadiahkannya untuk kawan sedarjah yg menyambut hari lahirnya yg ke 18 thn. Berikut ialah resipinya.


KEK CHIFFON PANDAN

Bahan-bahannya
8 biji telur
8 oz gula halus
8 oz tepung Softasilk
4 oz pati santan
5 helai daun pandan
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder


Peraturannya
Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan bersama pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Pukul putih telur dan cream of tartar bersama 4 oz gula hingga naik. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata-rata. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40 minit.


Lain-Lain Kek Chiffon...........




KEK CHIFFON STRAWBERRY

BAHAN-BAHAN
5 biji merah telur
8 biji putih telur
6 oz gula halus
6 oz tepung Softasilk
½ sudu kecil garam halus
½ sudu kecil cream of tartar
sedikit pewarna merah jambu
3 oz Strawberry cordial
½ sudu kecil esen Strawberry
1 sudu kecil vanilli
1 sudu kecil baking powder
3 oz minyak jagung
3 oz susu cair


PERATURANNYA

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk bersama-sama garam dan baking powder. Kacau hingga rata. Sesudah itu, masukkan minyak jagung dan dikacau lagi hingga rata. Kemudian, masukkan merah telur satu-persatu dan kacau lagi.

Adunan ini dibahagi dua, sebahagian ditaruh esen strawberry, pewarna, strawberry cordial dan vanilli lalu dikacau rata. Sebahagian lagi dibubuh susu cair dan dikacau rata.

Selepas itu, pukul putih telur bersama cream of tartar. Gula dimasukkan sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang dan pekat dan bahagikan adunan ini kepada dua bahagian.

Masukkan adunan pertama tadi yang telah dibahagi dua tadi ke dalam adunan putih telur yang juga telah dibahagi dua. Kacau rata-rata. Tuang ke dalam acuan pembakar berselang-seli supaya ia berlapis-lapis. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama kira-kira 40 minit dengan suhu 170 darjah celsius.

Lain-lain resipi Kek Chiffon di dalam simpanan saya termasuk Chiffon Nescafe, Chiffon Pisang & Orange.

No comments: